29 October 2017

Video Detik-detik Terbakarnya Pabrik Kembang Api di Tangerang: Hoax



Insiden kebakaran pabrik kembang api di Kosambi, Tangerang masih meninggalkan duka menewaskan puluhan orang. Namun sebuah video menjadi viral dengan klaim bahwa rekaman menunjukkan detik-detik kejadian terbakarnya pabrik kembang api di Tangerang.

Berikut videonya:


Video dengan klaim detik-detik pabrik petasan kembang api kebakaran meledak di Kosambi, Tangerang, terlihat orang-orang berlarian berusaha menyelamatkan diri.

HOAX

Apa yang benar?

Video tersebut bukan kejadian kebakaran pabrik kembang api di Tangerang, namun terjadi di Malaysia. Faktanya kejadian yang terekam dalam video merupakan insiden terbakarnya pabrik kembang api di kawasan Perindustrian Saleng, Senai, Malaysia pada Juli 2017.

Stor sebuah kilang yang dipercayai menyimpan mercun terbakar sehingga percikan bunga api dan bunyi letupan dapat dilihat dan kedengaran di kawasan Perindustrian Saleng, Senai, dekat sini, sejak petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Penolong Ketua Bomba Solleh Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.19 petang tadi dan usaha memadam api masih diteruskan.

“Setibanya di lokasi kejadian, benar berlaku satu kebakaran di bahagian penyimpanan barang lusuh kilang berkenaan.

“Kawasan yang terbakar berukuran 100×40 kaki persegi (371.6m persegi) dipercayai digunakan sebagai stor menyimpan mercun dan kita sedang berusaha mengawal kebakaran agar ia tidak merebak ke kawasan kilang lain,” katanya.

Tiga jentera bomba bersama 17 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan. Sementara itu, polis akan membuka 2 kertas siasatan berhubung kebakaran itu mengikut Seksyen 10 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menyimpan dan menguruskan bahan letupan tanpa izin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Razak Md Said berkata, pihaknya juga akan membuka kertas siasatan mengikut laporan kebakaran. “Melihat kepada keadaan kebakaran itu, kita percaya bahan yang meletup adalah mercun.

“Bagaimanapun, kita akan menunggu siasatan daripada forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan diadakan esok selari siasatan polis bagi mengetahui punca sebenar kebakaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Razak, polis juga akan menunggu maklumat lanjut daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk mengetahui status tanah lokasi kilang itu, sama ada berstatus pertanian atau perindustrian dan menunggu maklumat lanjut Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) bagi mengenal pasti status bangunan kilang terbabit.

Katanya, kawasan sekitar lokasi kejadian itu ditutup bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

Tinjauan Bernama sejak 8 malam tadi mendapati bomba giat mengawal kebakaran dengan kepulan asap masih kelihatan disusuli bunyi letupan mercun.


Berikut video insiden kilang kembang api yang terbakar (kulai saleng ) Malaysia part I & II:



Salam Icokes. Sekoci Hoaxes!


Emoticon Emoticon